Enam bulan yang akan datang akan menentukan sama ada eksperimen politik dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang telah mewujudkan sebuah kerajaan berjiwa rakyat akan semakin menyerlah atau melesap di Pulau Pinang. Selama tiga setengah tahun yang lepas, negeri Pulau Pinang bukan sahaja telah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah juga telah menampakkan perubahan dari segi pemikiran dan keyakinan.
Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh bergantung kepada kerajaan berjiwa rakyat yang mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah. Sekarang juga sudah terhasil satu pengiktirafan bahawa ganjaran akan diperoleh berdasarkan daya upaya, kejujuran dan usaha untuk mengejar kecemerlangan. Sesungguhnya tiada pengganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan.
Walau bagaimanapun, perubahan yang paling besar dalam pemikiran telah berlaku ekoran daripada dasar kerajaan berjiwa rakyat Pakatan Rakyat yang menegakkan kedaulatan undang-undang. Di Pulau Pinang, dasar ketelusan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bermakna bahawa sebarang urus niaga tidak lagi memerlukan orang dalam atau orang tengah. Yang diperlukan hanya peraturan dan undang-undang.
Dengan kerajaan yang mementingkan kepastian dan kejelasan dalam halatuju pentadbiran, kita dapat menikmati kemakmuran bersama-sama. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah bekerja keras untuk memulih kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri. Untuk mengatasi ketidakpercayaan awam terhadap institusi kerajaan negeri, Pakatan Rakyat telah menghapuskan politik kuasa naungan, kronisme dan rasuah.
Marilah kita mencari inspirasi dengan menekankan prestasi dan bukan keistimewaan, kepakaran dan bukan hak, serta integriti dan bukan rasuah. Marilah kita bersepakat dalam semangat setiakawan untuk mencapai aspirasi bersama untuk keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan sosial untuk rakan-rakan kita yang lebih lemah dan miskin.
Hanya dengan ekonomi yang bebas daripada rasuah boleh kita memastikan bahawa rakyat akan makmur dan menerima manfaat. Marilah kita mengazamkan masa depan yang bebas daripada ketakutan dan kronisme. Marilah kita mencita-citakan masa depan di mana semua lapisan masyarakat dan kaum, sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban, akan dianggap sebagai saudara senegara tanpa sebarang diskriminasi.
Untuk menandakan Hari Malaysia di Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera akan menawarkan perjalanan keretapi percuma untuk sehari pada 16 September 2011 untuk semua warga Malaysia dari Sabah dan Sarawak.
4 comments:
Fantastic speech , thoughts and actions . GREAT ' VISION' AND MISSION...We Love You,cM!
Yes, how good and beneficial it would be if all the states have such CM to lead!
马来西亚其他州属应该向槟城看齐:所以为了我们有美好的未来:把国阵换掉就是希望!
Penang getting better each day. Keep up the good work and Penang will b an international city soon. Thanks YAB CM.
Post a Comment