Monday, September 19, 2011

Ucapan Najib Sempena Konvensyen BN Selangor


Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghadiri Konvensyen BN Selangor di Shah Alam.

Program 'Syok Sendiri' merupakan salah satu punca BN tidak mendapat sokongan daripada masyarakat akar umbi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan tegas, anggota parti itu sewajarnya sedar akan tindakan sedemikian yang menjadi salah satu punca parti komponen tersebut tewas pada PRU 12.

Najib juga menempelak tindakan sesetengah Pemimpin BN Negeri yang bersikap sedemikian yang hanya akan menipu diri sendiri sendiri. sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan.

"Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu? "Kalau 300 orang itu orang yang menentang kita, barulah berbaloi buat perhimpunan," katanya lagi dalam perhimpunan yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah.

Beliau turut menyebut mengenai satu program "Sirih Pulang Ke Gagang" yang akan dihadirinya selepas itu di kampus Universiti Teknologi Mara.

"Saya dengar banyak ribu nak masuk balik. Kalau betul, we are on the upward swing," katanya lagi.

Turut hadir di program itu ialah timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin parti komponen lain termasuk Datuk Seri G Palanivel, M Kayveas dan Kohilan Pillay.

Share :
Like or Dislike?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More