Friday, September 9, 2011

Forum Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan?






Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sekali lagi mencetuskan kontroversi berkenaan Sejarah Kemerdekaan negara dengan mendakwa Tunku Abdul Rahman sudah pasti akan ditolak rakyat jika satu referendum telah diadakan sebelum kemerdekaan bersama pihak British.

Akan tetapi, rakyat Tanah Melayu ada ketika itu akan memilih Burhanuddin Al Helmy untuk memimpin ke arah Kemerdekaan.

“Kalau British telah mengadakan referendum (sebelum memberi kemerdekaan) antara Burhanuddin, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin, rakyat pilih Burhanuddin,” kata beliau pada forum bertajuk Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Mat Sabu mendakwa ramai yang tidak mengetahui pada awal kebangkitan era kemerdekaan rakyat lebih menerima Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Burhanuddin berbanding parti-parti lain.

Akan tetapi, pihak British telah mengharamkan kesemua pertubuhan kecuali UMNO setelah kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan kian memuncak.

Maka kata Mat Sabu, UMNO telah dipilih kerana tiada persaingan parti yang mewakili Melayu sebelum ini. PAS telah ditubuhkan selepas pengharaman tersebut.

Mat Sabu turut menjulang Burhanuddin Helmy dan Ahmad Boestamam sebagai pejuang sebenar kemerdekaan kerana sanggup dipenjarakan demi memperjuangkan hak orang-orang Melayu sebagai masyarakat peribumi pada ketika itu.

Burhanudin Al Helmy juga merupakan Yang Di Pertua (kini Presiden) PAS yang pertama ditubuhkan pada 1956 selepas pengharaman PKMM.

Selain Mat Sabu, turut tampil sebagai ahli panel pada majlis malam tadi adalah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Share :
Like or Dislike?


3 comments:

Hmm... Terbongkar sudah!!

Kesimpulannya selagi umno berkuasa...

Sokong Inggeris=Pejuang

Lawan Inggeris=Pengkhianat

Patutlah Inggeris bagi kepercayaan kepada malaysia untuk mengawal istana buckingham! Ketaatan yang tidak berbelah-bagi sehingga ke hari ini... Siap tunduk hormat pada ratu Inggeris lagi tu.......

biasalah..org UMNO, bukannya cerdik otak tak mampu berfikir dengan waras..

bagi aku..kite takde mase kejadian semua ni berlaku..siapa kite nak menilai atau menghukum..yg aku tahu..kita sudah merdeka.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More