Showing posts with label Mohd Ali Rustam. Show all posts
Showing posts with label Mohd Ali Rustam. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) beli plat kereta bernilai RM317000


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Muhammad Aizat Baharuddin kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang dilihat ingin melakukan pembaziran yang besar mengenai pembelian tender nombor pendaftaran kenderaan kerajaan.

Aizat berkata maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta itu diperoleh dari Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

"Ianya melibatkan perbelanjaan tender nombor pendaftaraan kereta yang bernombor MCC 1 sehingga MCC 15.

"Bayangkan RM317,000 duit rakyat digunakan untuk tender nombor pendaftaran kereta, ianya tidak masuk akal dan ianya suatu pembaziran duit rakyat?" kata Aizat.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya dapat membezakan antara keperluan dan kehendak rakyat bukannya membelanjakan duit rakyat sesuka hati.

Katanya, pembelian nombor kenderaan langsung tidak memberi faedah kepada rakyat, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kos yang besar.

Tambahnya, kerajaan perlu memikirkan nasib rakyat Melaka yang rata-rata hari ini masih belum berada pada taraf hidup yang memuaskan.

Menurutnya, masih ramai lagi di kawasan luar bandar di Melaka hidup miskin, buktinya dengan program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kerajaan negeri sendiri laksanakan ketika Pilihan Raya Kecil di Merlimau dahulu.

"Rakyat Melaka juga masih terbeban dengan kenaikan harga barang, dan baru-baru ini kerajaan negeri juga telah menaikkan tarif air sebanyak 20%," ujar Aizat lagi.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri membatalkan tender untuk mendapatkan nombor plat tersebut kerana ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat, banyak lagi program-program yang menguntungkan rakyat boleh dilaksanakan dengan wang sejumlah RM317,000 tersebut.

Baru-baru kerajaan negeri menukar kereta rasmi kerajaan dari Proton Perdana kepada Nissan Teana.

Kemungkinan besar plat itu akan digunakan oleh kereta rasmi kerajaan tersebut.

Sunday, July 24, 2011

What is spoken by both parties prior to 9 July 2011 (Bersih 2.0) in an illegal assembly?


Some explanations by the various parties about Bersih 2.0.

There are people named :
Ambiga Sreenevasan - Chairman of Bersih 2.0
Hishammuddin Hussein - Minister of State
Ibrahim Ali - President PERKASA
Reezal Merican - Youth Chief Information of UMNO
Wan Ahmad Wan Omar - Deputy Chairman of SPR
Mohd Ali Rustam - Chief Minister of Malacca
Marina Mahathir - Activist
Ismail Omar - Inspector General of Police
Khairy Jamaluddin - Youth Chief of UMNO

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More