Thursday, September 15, 2011

Mat rempit tersepit bawah kereta terbakar!


Utah 14.9.2011. HEBAT! Manusia yang bekerjasama macam wonderpet boleh melakukan perkara yang menakjubkan! Satu contoh baru-baru ini dirakam dalam video, apabila orang awam di tempat kejadian kemalangan datang bersama-sama untuk menyelamatkan nyawa.

Di Logan, Utah, penunggang motosikal berusia 21 tahun motosikal berlanggar dengan sebuah kereta BMW. Kemalangan yang terhasil mencipta senario api yang penuh bahaya, dengan penunggang motosikal muda terperangkap di bawah kereta.

Orang awam yang melihat lelaki cedera tersepit di bawah kereta, dengan segera cuba untuk membantu. Tapi kereta itu terlalu berat untuk diangkat, dan tak lama kemudian lebih banyak orang awam datang untuk menghulurkan bantuan.

Kekuatan kolektif kumpulan itu sudah cukup untuk mengangkat BMW dari menghimpit mangsa yang cedera, dan salah seorang dari mereka dengan cepat menarik mangsa keluar dari bawah kenderaan yang sedang terbakar.

Jika hal ini berlaku di Malaysia, agak-agak ada tak orang awam yang nak tolong?

Share :
Like or Dislike?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More