Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.
Kalau begitu, mengapa kita merayakan Hari Kemerdekaan? Sesuka hati Kerajaan Memerintah?
5 comments:
kalau kita tak dijajah,kenapa ramai pejuang2 kita meninggal sbb nak mencari kemerdekaan utk negara kita?
jika tak pernah dijajah, portugis datang tanah melayu (melaka) dulu guna visa pelawat ke?
Kalau begitu, yang kita merdeka tahun 1957 itu untuk apa? bebas daripada siapa?
o0o Profesor Datuk Dr Zainal Kling o0o
buat pengkomen2 sekalian, fakta yang dikeluarkan oleh prof itu adalah sangat2 benar.... kita cuma dinaungi... dan kita mememinta kemerdekaan kerana ingin bebas daripada menjadi naungan british. tolong pegi bukak buku sejarah banyak2, jangan bukak buku teks skolah menengah, buku itu sangat2 lah jumud dan pro kerajaan. please, carik la ilmu...
Post a Comment