Sejurus memulakan ayat pertama dengan bertempik perkataan "lanyak", Kamarudin berdiri dan mundar mandir di hujung pentas dan bukan di rostrum sambil memberikan amaran kepada Mohamad.
"Kalau jumpa Mat Sabu, yang pertama saya hendak tempeleng dia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh peserta yang rata-ratanya orang Melayu.
Beliau juga menggelar Mohamad sebagai meletakkan otak di kepala lutut, "robot DAP dan PKR", celupar dan kurang ajar - yang menyebabkan beliau mahu "merebusnya" hidup-hidup.
Kamarudin yang juga pegawai askar Wataniah berkata, sekiranya komunis berjaya dalam perjuangan, Mohamad tidak akan menjadi timbalan presiden PAS dan parti Islam itu tidak akan menjadi parti politik kerana "komunis antiagama".
Beliau juga mengingatkan pengorbanan ratusan ribu tentera Melayu dan keluarganya yang menderita akibat melawan komunis menjelang kemerdekaan sebelum ini.
"(Seramai) 200,000 askar dan polis kita derita. Panggil dia (Mohamad) kalau berani.
"Celaka!" katanya bersemangat yang menyebabkan hampir semua peserta bangun daripada tempat duduk dan memberikan tepukan.
Di sebalik ucapan berapi-api, Kamarudin turut ketawa antaranya apabila mendakwa pernah menuntut ilmu kebal di Rawang dan pernah kebal selama empat tahun.
3 comments:
umat melayu??? bukan umat islam ke ? bodoh ni memang tak ade fakta and kalau dia refer to utusan then he and his gang boleh mampus la. bodoh punya orang. history has been manipulated by certain quarter to make them look nice. now we have problem determining who is a better person british ( who majority of malays work under them as police ) and komunis who is against british . UMNO is the main culprits here
Kamurudin pula robot UMNO dan Boneka.Cakap apahampa ini tali barut British. Tak payay menyalak kalau betul En Kamurudin nanti masuk calun PR 13 nak tengok you menang atau tidak Ayuh sambutlah cabaran ini .Nak tanya Kamuruddin kata colonel nak tanya patung tuga peringatan siapa punya.Apakah ada nma Sarjan Jamil,Adnan dan lain lain lagi Nak tanya Wira Kamuruddin berapa orang Melayu kena dera dengan Jepun Jawablah Tak payahlah menyalak pasai hang pun buta Sejarah juga .
masa tu sapa yg menentang british di anggap komunis..termasuk la mat indera..juga di anggap komunis
Post a Comment