Saya ingin menjelaskan bahawa pengumuman Datuk Seri Najib Razak mahu perangi kos kehidupan rakyat sebagai gula-gula politik dan untuk menagih simpati rakyat terhadapnya. Beliau sebenarnya telah gagal menjadikan rakyatnya hidup dengan selesa sejak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Sebenarnya Inilah yang kita boleh katakan sebagai impak bersih 2.0 dan telah mencetuskan NKRA ke tujuh, dengan kononnya mahu membela rakyat yang telah terhimpit disebabkan salahlaku amalan pentadbiran BN sekian lama. Sesuatu yang baru cuba dijanjikan kepada rakyat demi untuk terus berkuasa.
Perdana Menteri sekali lagi mahu perbodohkan rakyat serta mahu mengambil semula hati rakyat yang telah membenci kerajaan Umno-Bn setelah terdedahnya kezaliman kerajaan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman baru-baru ini.
Jika benar kerajaan pimpinan najib razak berhasrat mahu ubah nasib rakyat, mengapa tidak lakukannya sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri, langkah ini diambil setelah bertahun lamanya dan ia menggambarkan dengan sendirinya betapa tidak bertanggungjawabnya pemimpin ini.
Najib mengambil langkah ini kerana angin pilihan raya umum 13 telah makin terasa dan makin hampir, maka janji politik yang bersifat gula-gula PRU ini muncul secara tiba-tiba walhal pada hakikatnya beliau (Najib) sebenarnya gagal unruk membela dan menyelesaikan masalah rakyat bawahan.
Slogan rakyat didahulukan jelas tinggal slogan dan dilihat sebagai reatorik untuk menipu rakyat . BN ternyata gagal dalam banyak tindakan dan langkah yang dilakukan termasduk semasa pentadbiran Najib.
Saya nampak beliau (Najib) tidak ubah seperti khunsa kerana meneruskan tradisi berahsia dan takut untuk lakukan pengumuman tarikh pilihan raya.
Sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia tidak umum tarikh peperiksaan SPM, seminggu lagi peperiksan menjelang baru diumumkan, kemungkinan calon (pelajar) SPM tersebut gagal amat tinggi, begitulah yang Umno-Bn lakukan terhadap Pakatan Rakyat, sebab itulah saya katakan Umno-Bn umpama khunsa.
Justeru itu kita sebagai rakyat yang punyai pemikiran yang dinamik, peka dengan isu dan maklumat terkini yang berlaku,mari sama-sama lakukan perubahan demi untuk menyelamatkan Negara Malaysia dari terus dikuasai Umno-Bn yang mempedulikan hak rakyat secara jujur dan total.
5 comments:
Terima kasih barang naik
X sabar nk undi buat pertama kali ni. Dah x b0le tahan dkhianati. Mari tukar!
sekarang dah nak dekat PRU baru nak buat ni buat tu, nanti lepas PRU, MEREKA tu menang, macam2 lagi datang. kalau DIA tu bagus sangat, takde la Bersih 2.0! LU PIKIR LA SENDIRI weiiiii
ya hasil ialah aunty ros dapat beli 24mill cincin diamond la bro......
skang duit ade 10ringgit xlepas nk tampung makan 1 hari... gaji 20 ringgit je sehari... terima kasih abg najib kerana bg saya makan megi hari2...
Post a Comment