Tuesday, July 26, 2011

Kereta diwajibkan memasang beg udara untuk keselamatkan mulai 2012



Mulai tahun depan (2012), semua kenderaan baru kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara untuk tujuan keselamatan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kereta diwajibkan memasang beg udara bertujuan mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

"Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan," katanya

Pemasangan beg udara itu hanya terhad kepada kereta baru sahaja manakala kereta lama sedia ada tidak diwajibkan.

Share :
Like or Dislike?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More