Selepas lebih 200,000 pengguna Facebook mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, laman peminat beliau pula diserang dengan mesej ‘diamlah’ dari warga internet.
Mereka menulis di ruang komen dan masukan (posting), meminta perdana menteri itu supaya ‘diam’, berikutan kenyataannya sejak mutakhir ini.
Pengguna laman sosial itu dilapor memulakan sindiran selepas tengah malam semalam, setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.
Blok atau tulisan besar ‘diam lah Najib’ dan ‘Tolong diam Najib’ ditampal di dinding laman peminat berkenaan, malah ada yang menyukai laman itu semata-mata untuk menampal kata-kata tersebut.
Meskipun terdapat segelintir warga internet pro Najib cuba mempertahankannya, namun ia tidak mampu menandingi jumlah komen warga internet di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang jauh lebih besar.
Sementara itu laman Facebook menuntut agar Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri, digemari lebih 210,000 pengguna Facebook di negara ini.
Laman peminat itu yang dinamakan ’100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation’ sebelum ini berjaya mencapai sasarannya hanya dalam masa kurang 48 jam selepas ia diwujudkan.
For those who don't know. You should already know by now. And DO NOT forget to register yourselves as voters NOW! Each vote counts. Do not delay!
4 comments:
DIAM LAR
aiyo...i cant stop laughing laaa
ur stock market still increasing lolx
OMG~ the epic-demic spreads like wildfire...
Post a Comment