Thursday, July 28, 2011

Filem Nasi Lemak 2.0 Namewee (黄明志) di pawagam 8 September 2011





Nasi Lemak 2.0 辣死你媽 電影發佈會 Namewee黃明志在NTV7


CQTV: 黄明志电影《Nasi Lemak 2.0 辣死你妈》新闻发布会


黄明志处女导编演电影 零资助抨击政府·Hisoing《娱乐最Live》


Dangerous shot of "Nasi Lemak 2.0 辣死你媽" 最高難度危險動作

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee akan menayangkan filem sulung arahannya Nasi Lemak 2.0 pada 8 September di 60 pawagam di seluruh negara. Filem sepanjang 148 minit itu arahan Wee sendiri dan membabitkan kos RM1 juta mengandungi dialog dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan lain-lain dialek Cina di Malaysia.

"Walaupun penggambaran filem itu kebanyakannya dalam Mandarin dan Kantonis, kita juga masukkan bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil, yang mungkin menjadikannya filem paling banyak pelbagai bahasa," katanya. Wee, 28, berkata beliau bernasib baik kerana mendapatkan penajaan syarikat-syarikat korporat untuk memulakan penggambaran filem tersebut, walaupun usahanya untuk mendapatkan pelbagai jenis pembiayaan kerajaan ditolak tahun lalu.

"Sebahagian daripada mereka membiayai saya sikit selepas
saya siarkan video tentang kekurangan bajet saya tahun lalu," katanya merujuk kepada video 'Namewee mahu bertemu PM Malaysia'. Penerbit eksekutif filem itu, Fred Chong, berkata 'Nasi Lemak 2.0' dipilih sebagai tajuknya kerana dicipta oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

"Nyonya mencipta sambal, orang India memperkenalkan kari dan orang Melayu pandai menggunakan ikan bilis, inilah caranya kita menghasilkan sepinggan nasi lemak," katanya.

Sinopsis filem 'Nasi Lemak 2.0'.
Chef Huang (Namewee) menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai 'Hero Huang' dikawasan kejiranannya. Chef Huang akan membantu komunitinya sehingga dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dengan masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaaan restorannya Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu dengan ramai 'hero tempatan' yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam 'nasi lemak'.
Barisan pelakon yang antaranya, Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Reshmonu, Dato' David Arumugam, Pete Teo, Ho Yuhang, Felixia Yeap, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Dian Sharlin, Kenny & Chee dan lain-lain.

Share :
Like or Dislike?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More