Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.
Ask us to cut here and there, save this and that. But look at them, waste our money like their own. We suffer and sweating outside under the sun,they enjoy luxury and comfort life inside with our hard-earned money.
3 comments:
aku hairan dengan sikap segelintir pembangkang,asyik mencari salah orang sahaja tapi sekiranya mereka yang buat salah tutup mulut sahaja tambah2 lagi kalau yang menyelewengkan duit adalah dari golongan cina rasis sampai tak berani nak bersuara...Tengok saja Lim Guan Eng membelanjakan pengubahsuaian kediaman ketua menteri sampai berjuta2 tapi apa perempuan seperti nama diatas akan bertanya pada Lim Guan Eng??jawapannya mungkin tidak...kenapa tak bertanya???jawapanya kita sama parti pembangkan tak boleh bertanya lagipun kau punya parti(PAS)beri undi sedikit sahaja....sikap beginikah yang perlu untuk mentadbir PUTRAJAYA???nak tahu kenapa pembangkang habis2san nak tawan putrajaya?jawapannya DUIT,DUIT,DUIT itulah yang dinantikan oleh mereka...
JANGAN KATA PUTRAJAYA, NAK AMBIK JAMBAN BELAKANG RUMAH AKU PUN BELUM TENTU BOLEH DAPAT! HAHAHA!
PRU 14 : ANAK MUDA BANGKIT.. nantikn
Post a Comment