Sunday, August 14, 2011

Kakitangan Kerajaan akan dapat bonus raya?


Negeri-negeri Pakatan Rakyat Hari Ini Mengumumkan Bonus Kepada Kakitangan Awamnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada kakitangan kerajaan negeri. Kadar minimum itu tambahan RM100 berbanding minimum RM500 diumumkan kerajaan pusat. Guru KAFA pula akan menerima RM300.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.

Kerajaan negeri Kelantan pula akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara, Kata EXCOnya Dato Husam Musa.

Manakala Kerajaan Negeri Kedah dijangka akan mengumumkan pemberian Bonus kepada kakitangannya dalam waktu terdekat

Persaingan yang sihat, Rakyat yang mendapat beruntung. Bayangkan jika di Malaysia kita tidak mempunyai gabungan Pembangkang yang Kuat dan Mantap, adakah KERAjaan BN akan mengambil langkah yang sama dengan memberikan Bonus kepada Kakitangan Kerajaan? Perlu di ingat kan bahawa sudah 2 tahun berturut-turut kakitangan Kerajaan (Persekutuan) tidak mendapat Bonus.

Share :
Like or Dislike?


5 comments:

Bagus..aku yg swasta ni xdpt apa2. Damn....

KERAjaan PerseKUTUan menganak-tirikan pekerja sektor swasta. Menteri berkenaan cakap serupa keling (memang dia tu keling pun!), berjanji itu ini habuk pun tarak!

kerajaan n9,melaka,perak,pahang,per​lis,terenganu xnak bagi bonus kew??

Untung keje kerajaan.. Semoga bonus yang diperoleh mendatangkan kemesraan ketika melayani kami2 ini yah. ^^ Cumanya kadang2 agak terkesan dan berkecil hati.. Kitaowg yang dok perah usaha dan keringat dalam sektor swasta tak plak dapat keistimewaan macam ni.. Klau di ikutkan kami juga menyumbang pada ekonomi negara.. sedih2.. hehehe.. ^^

Dulu masa belum ada KERAJAAN NEGERI2 PR pekerja2 KERAJAAN apa pun tak dapat imbuhan Hari Raya. Kalau PR ditakdirkan mengambil aleh PUTERA JAYA pasti diarahkan kepada semua sawasta untuk memberi serperti kerajaan, sebab PR perhatin dgn rakyatnya.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More