“Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.
Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.
“Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa,” katanya.
Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.
“Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja,” katanya.
Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.
Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.
Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.

“Dia akan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Orang Papa 1977 dan boleh ditahan untuk tempoh sebulan,” katanya.
Orang emas ini pernah suatu ketika dipaparkan didalam TV3, waktu itu tiada siapa pun peduli bahkan dianggap satu daya tarikan pelancung, tetapi baru sekarang JKM bertindak menahan beliau, apakah baru sekarang JKM mulakan tugasan mereka?
11 comments:
salahla sbb tak bayar cukai kat jibmah
JKM nie dh tersasar jauh nie..pengemis bersepah-sepah kt pasar ramadan x mo lak pi jengah! Org emas nie at least ada inisiatif nk cari makan tanpa menyusahkan org lain! Satu tarikan pd pelancong gak kalu mamat nie ada kalu x hambar jer bukit bintang tu! dh tu tgkap lak sekurang-kurangnya ko bg je lah warning ker atau ko tlg laaa dia! Itu laa fungsi organisasi ko! bongok JKM! Wahai JKM, hang pi laa kt ampang point tu, aku dok makan kt situ lebih 10 org buta mai mtk derma! JKM dgn polis sama jer, asal buat operasi pgil reporter mai buat cite sok masok suratkabo! semua nk bodek tunjuk aku buat keje! sampah tul laaa korang nie! ~ astaga..sabo2 bulan posa nie..
Die bkn mengemis..die guna bakat die untuk cari rezeki.sape nk bergambar sila bayar,xnk xyah bayar...yg duk mengemis kat bazar ramadhan kota damansaratu x plak pegi tangkap..
yg main gitar nyanyi2 tu tak pernah kena tangkap pun?? bukan konsep dia sama je ke??
melayu berniaga shisha kat melaka, suruh tutup....ni melayu jadi entertainer..cari rezeki elok2...semua ditangkap..
CELAH MANA KERAJAAN UMNO TOLONG/JAGA MELAYU NI??? Ce Cite sikit....
Ini street performer la. Kat UK and US pun banyak macam itu...
..sajer jer nk meraih glamer lam suratkabor tnjuk buat keje..bongok tol..kesian dia nk sara ank bini camner la nti....
wah kesian dia......????
aku pun rasa tak salah si gold man nie wat camnie atleast dye mnjadi salah satu tarikan pelancong yg datang ke malaysia nie.kata negara maju kan. patutnye dye g tngkap pengemis yang memaksa org ramai bagi duit tu semua nie dye bukan memaksa..sesape yang nak amek gambar gn dye je perlu byar. tanak takpe. hmmm
Mungkin dia buat keja ni tak ada ambik trading Lesen Kot??????
aku rasa mcm ada udang di sebalik batu je JKM... dah lma kot bnda ni bru nak amek tindakan... da imbuhan ke dorang buat mcm tu.. klu yg ni d tahan abes tu yg bersepah kat kedai2 makan tu apsal x tahan.. apsal x ambush...
Post a Comment