![](http://i620.photobucket.com/albums/tt289/laikepo/Isu-isu%20Malaysia/11-08-20119-59-45PM.jpg)
Dua hari yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan akan memberi bonus Hari Raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam Persekutuan.
"Kami (Kerajaan Negeri) akan memberi tambahan RM100 kepada penjawat awam di Pulau Pinang," kata Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa sidang medianya hari ini.
"Pemberian ini sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam, penyelia dan guru KAFA di pentadbiran Kerajaan Negeri. Bonus ini juga dapat membantu pegawai perkhidmatan awam dalam membuat persediaan untuk sambutan Hari Raya," tambah beliau lagi.
Bonus akan dibayar pada 19 Ogos 2011 ini.
0 comments:
Post a Comment