Sunday, August 7, 2011

SPR Perkenal Sistem Biometrik untuk Pilihanraya Ke-13 yang akan datang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan sistem biometrik untuk memantapkan lagi tahap keselamatan dalam proses pilihan raya di negara ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata antaranya pelaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang pilihan raya.

“Dengan adanya sistem biometrik ini, ia akan dapat membantu mengelak seseorang individu ataupun pengundi itu membuat pembuangan undi dua kali,” katanya pada sidang media, di sini Isnin.

Beliau berkata sistem tersebut akan diuji di beberapa kawasan untuk memastikan ketepatan dan keberkesanannya sebelum dilancarkan secara rasmi pada pilihan raya umum akan datang.

Abdul Aziz berkata sistem tersebut telah diguna pakai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran.

Kenapa Bersikap Negatif pada Sistem Biometrik?
Biometrik ialah sistem laluan masuk yang guna cap jari sendiri untuk masuk ke dalam sistem data atau apa saja sistem, seperti imgresen untuk daftar masuk dan keluar negara. Jabatan pendaftaran dan Imigresen sudah lama guna sistem biometrik ini. Tetapi bila SPR cadang guna sistem biometrik dalam piliharaya, bagi atasi undi 2x atau atasi pengundi hantu atau list hantu, ada pihak yang tak setuju, Faham ke mereka dengan sistem biometrik ini. Kalau tak faham kena faham dulu sistem. Ayat mudah ialah, kita letak jari, sistem akan beritahu jari anda atau siapa pemilik jari dan siapa pemilik mykad.

Jadi apakah sistem biometrik mengikut bahasa sains teknologi?
Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut. Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan, anak mata, suara, muka, pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA), keystroke, tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.

Apa yang saya faham sistem biometrik?
Kalau dalam piliharaya, ia dapat elak pengundian hantu, atau undi 2 kali atau 3 kali, Caranya, anda undi di lokasi A, dah sah, tetapi jika anda cuba undi di lokasi lain, sistem akan bagi tau anda dah undi di lokasi A. Misalnya anda bawa mykad orang lain, anda diminta scan, kemudian sistem akan beritahu, cap jari anda tak sama dengan cap jari dalam mykad.

SPR akan membuat pengumuman nanti bila sistem biometrik pilihanraya dah siap, kita tunggu keputusan ujian, demo mereka nanti, sebelum nak laksana kena uji dulu, semua pihak akan di jemput dan menilai.

Isu dan Masalah
  1. Kos yang tinggi di peringkat permulaan pelaksanaan, tetapi akan mengurang kos untuk jangkamasa panjang.
  2. Perlu sistem internet di semua pusat mengundi, apakah semua tempat mengundi sediada ada akses internet atau broadband. Kos ini perlu ambil kira.
  3. Membersih pemilih yang mempunyai nama bertindih di lokasi berlainan.
  4. Sistem pangkalan data perlulah selamat dan high security dan tak boleh ceroboh.
  5. Kena ada badan bebas pantau pengurusan dan pelaksanaan sistem biometrik.
  6. Sistem kena ikhlas, telus dan tahap keselamatan tinggi.

Kita harap kajian lanjut akan dijalankan dalam pelaksanaan nanti, dan kita beri peluang mereka bukti dulu sistem biomatrik ini terbaik berbanding sistem celup dakwat, kerana tujuan asal elak pengundi hantu dan senarai yang meragukan.

Komen Pembangkang


Pembangkang pun masih lagi kabur, sedangkan SPR belum lagi mengadakan DEMO Sistem pada mereka, yang bercakap tu bukan pro IT dan komputer.

Pada saya kedua pihak SPR dan Pembangkang kena lapang dada. Jika sistem memberi manafaat pada negara dan rakyat, kenapa membantah. Kita tunggu ujian sistem nanti

Share :
Like or Dislike?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More