Wednesday, August 3, 2011

Eksklusif: Kontroversi Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya berakhir


Kemelut dua nakhoda di Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkompromi dengan menawarkan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, gred dan gaji lebih tinggi untuk dipinjamkan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai Ketua Eksekutif, berkuat kuasa semalam.

Beliau yang sebelum ini Ketua Pengarah Kerja Raya dengan Gred Jusa A kini dinaikkan ke Gred Utama Turus II. Lazimnya, Ketua Eksekutif CIDB ditawarkan Gred Jusa A.

Berikutan kompromi itu, Judin mengesahkan beliau akan menarik balik saman yang difailkan terhadap kerajaan tiga minggu lalu.

Difahamkan gred yang ditawarkan itu juga lebih tinggi daripada beberapa Ketua Setiausaha (KSU) di beberapa kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Belia dan Sukan.

CIDB membuat tawaran itu menerusi surat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bertarikh 22 Julai dan tempoh pinjaman bermula semalam sehingga tarikh akhir persaraan wajib Judin pada 16 Disember 2013.

Share :
Like or Dislike?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More