Thursday, August 25, 2011

Perkhidmatan Percuma BEST Dilanjutkan


Kelmarin dalam sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Komtar, di sini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa perkhidmatan percuma BEST – 'Bridge Express Shuttle Transit' telah dilanjutkan selama enam bulan lagi iaitu bermula 1 September 2011 sehingga 29 Februari 2012.

Menurut beliau, perkhidmatan tersebut dilanjutkan kerana peningkatan 'ridership' secara purata dari 376 penumpang sehari bagi perjalanan sehala pada pertengahan April 2011 ke 442 penumpang pada bulan Ogos 2011. Kadar peningkatan yang menggalakkan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah wang ke atas perkhidmatan yang mempunyai justifikasi yang kukuh dan tidak sia-sia, demi rakyat.

Menurut Lim, dalam sidang medianya, Kerajaan Negeri membelanjakan RM10,000 sebulan bagi pengoperasian sebuah bas BEST. Manakala Rapid Penang Sdn. Bhd. telah menyediakan 16 buah bas yang menjadikan jumlah kos pengoperasian sebanyak RM160,000 sebulan.

Dalam pada itu juga, tegas beliau, perkhidmatan BEST yang kini beroperasi di laluan antara hab Sunway Carnival Mall ke kawasan perindustrian Bayan Lepas akan dikembangkan lagi ke hab baharu.

“Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) tadi, MMK telah bersetuju ke atas satu cadangan membuka hab baharu di Aeon Seberang Prai City Shopping Centre, Bandar Perda yang akan dilaksanakan bulan hadapan”, ujar Lim.

Menurut beliau lagi, daripada 16 buah bas BEST yang kini beroperasi, enam daripadanya akan dibawa untuk pengoperasian di laluan Bandar Perda ke Bayan Lepas.

“Cadangan penambahbaikan ini boleh meningkatkan ridership BEST kerana kawasan tersebut dan sekitarnya terutama di Bukit Mertajam mempunyai jumlah penduduk yang kerap berulang-alik ke tempat kerja di Bayan Lepas”, tambah beliau.

Lim turut menyatakan bahawa perkhidmatan ini bukan sahaja memberi keselesaan buat mereka yang terpaksa berulang-alik dari Seberang Prai ke Bayan Lepas, malah turut menjimatkan wang ringgit, mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan tekanan atau stres akibat kesesakan lalulintas dan juga mesra alam.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Share :
Like or Dislike?


4 comments:

Ini baru contoh Ketua Menteri sebenar!

Very transparent gov. He tells you how much money, how many bus, when, where, why, how much saved, etc. I like it.

even Singapore also don hv this service... free bus n free wifi...... u r the best.....

Penang PPL must ensure HE stays on in GE13!!!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More