Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Bajet 2012 Pakatan Rakyat Pulau Pinang




Setelah berjaya mewujudkan berbagai program anugerah kepada rakyat, mulai tahun depan sekali lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan program 'pelajar emas', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurutnya, pelajar emas iaitu pelajar tahun satu dan darjah empat untuk sekolah rendah manakala tingkatan satu dan tingkatan empat untuk sekolah menengah masing-masing akan memperolehi RM100 seorang daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri.

Tambah beliau, untuk merealisasikan lebih banyak program, rakyat mesti memilih kerajaan berjiwa rakyat kerana kerajaan sebegini akan memulangkan kembali perbelanjaan yang berlebihan demi manafaat pelajar iaitu mereka yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan kelak.

Katanya, penganugerah itu bukan tujuan politik sebaliknya adalah sumbangan kerajaan terhadap pembelajaran pelajar yang mula memasuki alam persekolahan manakala darjah empat, tingkat satu serta empat memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.

Sebenarnya, kata Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih, kejayaan program terdahulu menyemarakkan semangat kerajaan negeri untuk terus memperkenalkan program baru untuk rakyat.

"Apa yang Kerajaan Negeri boleh berikan untuk rakyat kita akan salurkan. Apa pun ia mesti dibuat melalui saluran yang betul," ujar beliau.

Semenjak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, berbagai progran dilaksanakan antaranya anugerah RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM1,000 untuk pengkebumian jenazah kepada waris warga emas, pelajar memasuki institut pengajian tinggi mendapat RM1,000 dan anak emas yang lahir tahun ini bakal memperolehi RM100 seorang.

Tuesday, October 11, 2011

Perbandingan Bajet/Belanjawan 2012 Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat


Akhir tahun mesti huru hara dengan belanjawan. Tapi tahun ini lebih huru hara. Ada dua belanjawan yang rakyat perlu tekuni dan bahasi. Belanjawan PR dan BN.

Kedua pihak bersaing untuk memikat hati pengundi. Istimewanya, rakyat mendapat hasil yang lebih baik. Jika tidak pun, rakyat tahu pihak mana yang terbaik untuk mereka undi di masa depan.

Mari kita bandingkan kedua belanjawan tersebut. Lihat, tekuni, bandingkan dan hayati.


Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Perkembangan GDP
  • +5 - +6 peratus
  • +4 - +4.5 peratus
Jumlah Keseluruhan Peruntukan Bajet
  • RM232.8 billion
  • RM220 billion
Jumlah Pendapatan Kerajaan
  • RM186.9 billion (+1.9%)
  • RM181 billion (+9%)
Defisit Bajet
  • 4.7 peratus
  • 4.4 peratus
Matlamat
  • Perkembangan sikit demi sedikit, keutamaan kepada Rakyat.
  • Sentiasa berjaga-jaga; banyak had.
Bayaran Dividen Petronas
  • Tiada
  • Akan dipotong daripada RM30 billion kepada RM26 billion.
Pendidikan
  • Tiada bayaran diperlukan bagi yuran di sekolah-sekolah kerajaan.
  • Baucar buku bernilai RM200 bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 dan pelajar IPT.
  • RM100 akan diberikan kepada pelajar dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5.
  • Memberikan fokus yang lebih kepada jenis pembelajaran teknikal dan vokasional.
  • RM4.4 billion untuk pendidikan.
  • RM200 juta untuk melatih 10,000 guru Bahasa Inggeris.
  • Elaun bulanan sebanyak RM500 bagi setiap tenaga pengajar.
Kakitangan Awam
  • Umur bagi persaraan wajib dinaikkan kepada 60 tahun.
  • Bonus setengah bulan, atau minimum sebanyak RM500.
  • Gaji minimum sebanyak RM1,100 bagi 300,000 kakitangan kerajaan.
Wanita
  • Suntikan imunisasi HPV percuma bagi setiap wanita bagi mencegah kanser servik.
  • RM1,000 bagi suri rumah yang layak.
Gaji Minimum
  • Tiada
  • RM1,100 setiap bulan.
Bantuan kewangan “one off” (sekali beri)
  • RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000.
  • Tiada
KWSP
  • Sumbangan KWSP majikan dinaikkan ke 13 peratus berbanding 12 bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Tiada
Subsidi
  • Subsidi diberikan untuk barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan produk-produk petroleum.
  • Subsidi bernilai RM33.2 billion bagi 2012 bagi pihak kerajaan.
  • Pengurangan jumlah subsidi kepada RM22 billion.
Warga Emas
  • Kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus bagi bekas kakitangan kerajaan.
  • Mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas dikecualikan daripada membayar yuran pendaftaran pesakit luar di mana-mana hospital dan klinik kerajaan.
  • Diskaun sebanyak 50 peratus bagi penggunaan perkhidmatan LRT dan monorail.
  • Bonus tahunan sebanyak RM1,000.
Jabatan Perdana Menteri
  • Tiada
  • Pemindahan sebanyak RM10 billion dari JPM ke Kementerian lain; mungkin akan menyebabkan masalah pembayaran gaji.
Latihan Khidmat Negara
  • Tiada
  • Dimansuhkan, RM747 juta akan disalurkan kepada inisiatif lain.
Cukai Barangan Mewah
  • Tiada
  • Kenakan cukai terhadap barang mewah seperti tas tangan.
Bantuan
  • Tiada
  • Bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah adalah agak populis dan juga menunjukkan sokongan terhadap kebajikan sosial.
Demokrasi
  • Tiada
  • Tiada sebarang pengumuman terhadap pilihan raya bagi kerajaan tempatan..
Pertahanan
  • RM500 juta untuk menaiktaraf dan membaik pulih kem-kem dan kuarters tentera.
  • Pemotongan bagi perbelanjaan pertahanan sebanyak 20 peratus dan kenaikan gaji sebanyak 5 peratus.

Mana satu bajet/belanjawan 2012 yang anda lebih suka??? Mengapa?

Sumber : Link

Monday, October 10, 2011

Mengapa Bajet 2012 adalah Bajet Pilihanraya?


Sekarang Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) memberikan anda ganjaran kerana meraka mahu undi anda semasa pilihanraya. Selepas pilihanraya, mereka akan perlahan-lahan ambil balik atau lebih banyak dengan kamu.

Bajet 2012 adalah Bajet Pilihanraya kerana ganjaran yang diberi oleh BN adalah secara "one off". Ini bermakna bagi sekali sahaja kepada rakyat, bukannya setiap tahun. Tidak sama dengan negeri Pakatan Rakyat, mereka akan memberi setiap tahun seperti RM100 untuk warga emas, RM1000 untuk kematian warga emas, RM100 untuk melahirkan anak, RM1000 untuk pelajar memasuki universiti dan banyak lain.

Selepas pilihanraya, BN akan melaksanakan Goods and Services Tax (GST) untuk memdapatkan wang dari rakyat sebagai cukai yang terpaksa dibayar semasa pembelajaan seharian.

Anda akan merasai tidak lama lagi!!!

Pandangan ahli Pakatan Rakyat terhadap Bajet 2012


Pandangan ahli Pakatan Rakyat terhadap Bajet 2012.

Lim Guan Eng : Bajet 2012 adalah Bajet Pilihanraya


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberikan padangan mengenai Bajet 2012 yang didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat.

Video secara langsung Najib membentangkan Bajet 2012 di Parlimen
















Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Berpakaian baju Melayu merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More