Showing posts with label Barang Naik. Show all posts
Showing posts with label Barang Naik. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Warga asing dapat potongan cukai bila beli kereta di Malaysia Import dan Local

Malaysia is not my second home. Malaysia is my first and the only home. So i do understand why we as malaysians always "First kena dulu". Hahaha.. lihat bawah :






Gambar di atas neh ialah senarai harga kereta. Harga kereta neh bebas cukai disebabkan ia tertakluk dalam program malaysia is my second home untuk warga asing agar mereka sudi menetap lebih lama di Malaysia. Korang leh search program neh menerusi google tak pun just direct masuk web neh je.

Aku mengaku terus terang aku cemburu tengok harga kereta-kereta tue. Pada tahun 2009 dorang berpeluang beli kereta local dengan harga yang rendah. Diberitahu bahawa kereta-kereta neh ada had penjualan. Contohnya mungkin setiap seorang warga asing hanya boleh beli satu kereta local dan import dengan harga bebas cukai.

Best kan? Aku tak pasti samada bayaran neh secara ansurans ataupun tunai. Tapi berdasarkan kepada harga di atas aku tengok cukai yang dikenakan kerajaan ke atas kita memang tinggi nak mampos. Itu tak masuk faedah bank dan sales komisen. Perghhh free-free je kita kena tindas. Aku nak PR mengurangkan cukai ke atas kereta bila dorang tadbir kelak. Harga kereta yang diletakkan di atas neh dah termasuk harga untung penjualan. Maksudnya modal nak buat kereta neh lagi rendah larh jawabnya.

Nampaknya jadi warga asing di Malaysia neh memang seronok. Jadi bumiputera pun tak seronok macam neh. Nak exchange larh dengan dorang. Daripada aku kelaparan dirumah elok aku masuk hutan, dapat gak susu.. okey tak?

Sumber: Link

Inilah dipanggil 1 Malaysia yang dikatakan oleh Najib. Rakyat Malaysia didahulukan untuk berkorban, pencapaian diutamakan kepada warga asing.

Wednesday, September 14, 2011

Kerajaan Persekutuan menangguhkan caj cukai perkhidmatan 6% pada prabayar


Pada 12 September 2011 di TV3 Buletin Utama melaporkan Kerajaan Persekutuan (BN) menangguhkan caj cukai perkhidmatan 6% pada prabayar.

Rakyat senang berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan walaupun caj cukai perkhidmatan 6% hanya ditangguh kerana terdapat ramai rakyat berasa marah dan membuat aduan. Ini bermakna rakyat bersatu, kerajaan akan berasa takut dan mereka terpaksa menangguhkan caj cukai perkhidmatan 6%. Jika lebih ramai rakyat menentang caj cukai perkhidmatan 6%, Kerajaan Persekutuan akan membatalkannya.

Monday, September 12, 2011

Kelab Protes Caj Cukai Perkhidmatan 6% BN himpun sejuta rakyat


PAS berpendapat pengenaan cukai perkhidmatan enam peratus kad prabayar oleh syarikat telekomunikasi (telco) kepada rakyat adalah satu tindakan yang didalangi Umno BN.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, rakyat tidak akan dipaksa menanggung beban bayaran cukai itu jika kerajaan tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada telco.

Ekoran kos operasi kini meningkat, Mahfuz yang juga Pengerusi Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) berkata, telco terpaksa mengalihkan beban cukai mereka terhadap kerajaan dengan mengenakan cukai enam peratus itu kepada rakyat pula.

"Pertama sekali Kelab Protes BN membantah cukai yang didalangi BN ini dikenakan kepada rakyat.

"Kita mintak supaya telco tarik balik dan kerajaan sendiri mesti hapuskan cukai ke atas syarikat telekomunikasi ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau ditemui di majlis rumah tebuka hari raya anjuran PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad, semalam.

Ianya sebagai respons terhadap kenyataan syarikat industri telekomunikasi tempatan yang mengumumkan bahawa caj cukai perkhidmatan enam peratus yang sebelum ini diserap Telco akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim bermula 15 September depan.

Menurut Mahfuz, jika ia dilaksanakan, golongan paling terkesan adalah golongan anak-anak muda, pelajar dan yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan prabayar.

Jumlahnya dianggarkan seramai 9 hingga 13 juta orang dengan jumlah penggunaan kad prabayar sebulan sebanyak 27 juta.

Sehubungan itu jelas Mahfuz, Kelab Protes BN memberi tempoh kepada kerajaan sehingga Rabu ini untuk menyelesaikan perkara itu sekaligus menghapuskan cukai tersebut.

"Kita bagi tempoh kepada kerajaan sampai Rabu ini. Kalau tidak, kita akan kumpul sejuta pengguna kad prabayar ini di seluruh negara untuk menyatakan bantahan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya pengguna kad prabayar untuk menyatakan bantahan mereka berhubung perkara ini di laman Facebook Kelab Protes Barang Naik (Protes BN).

Sunday, September 11, 2011

Lim Guan Eng berbicara tentang Pengguna Topup Dikenakan Caj Cukai Perkhidmatan 6%


Lim Guan Eng berbicara tentang pengguna topup dikenakan caj cukai perkhidmatan 6%.

Friday, September 9, 2011

Najib nafi naikkan Cukai Perkhidmatan 6% kepada Pengguna Prepaid Topup


Pengguna prepaid membayar cukai perkhidmatan 6% bagi talian telefon mudah alih prabayar (Topup) setiap kail membeli. Fikir-fikirkan lah... Duit cukai perkhidmatan ini diuntung oleh Syarikat Telekomunukasi atau kepada Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional)?

Mahu tahu lebih terperinci untuk "Pengguna Topup Dikenakan Caj Cukai Perkhidmatan 6% Mulai 15 September 2011" di Link.

Pengguna Topup Dikenakan Caj Cukai Perkhidmatan 6% Mulai 15 September 2011


Bermula 15 September 2011, Caj Cukai Perhidmatan sebanyak 6% bakal dikenakan kepada semua pelanggan talian telefon mudah alih prabayar (Topup) di negara ini. Para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Maksudnya, selepas penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan. Caj tersebut meliputi pelanggan prabayar kepada tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang. Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu.

Yang menjadi persoalannya di sini, adakah Telco-telco terbabit akan terkesan dengan Caj Cukai Perkhidmatan 6% yang dikenakan kerajaan itu? Sebaliknya pengguna prabayar lah yang terpaksa menanggung caj berkenaan. Buktinya, pelanggan prabayar terpaksa membayar lebih contohnya RM10.60 untuk nilai prabayar RM10.


1. Apakah cukai perkhidmatan?
• Cukai Perkhidmatan adalah cukai penggunaan yang dikenakan kepada pelanggan, seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang cukai perkhidmatan.
• undang-undang cukai perkhidmatan yang memerlukan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar kadar perkhidmatan telekomunikasi, termasuk tambah nilai prabayar dan pek pemula.
• Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai perkhidmatan sejak pengenalan perkhidmatan prabayar pada tahun 1998.
• Berkesan 15/9/2011, syarikat-syarikat telekomunikasi akan mengenakan bayaran pelanggan perkhidmatan cukai 6% untuk pembelian tambah nilai prabayar dan pek pemula.
• Berkuat kuasa mulai 1 Januari, kadar cukai perkhidmatan ialah 6%. Sebelum 1 Januari 2011, kadar cukai perkhidmatan 5%.

2. Mengapa anda mengenakan cukai ini kini selepas bertahun-tahun apabila anda telah menyerap ia?
• Dalam mengikut undang-undang cukai perkhidmatan, tambah nilai prabayar dan pek pemula tertakluk kepada perkhidmatan cukai yang dikenakan. Ini adalah sama dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman dari restoran dan hotel, misalnya.
Perkhidmatan • Prepaid-satunya perkhidmatan yang mana cukai perkhidmatan yang telah diserap oleh syarikat-syarikat telekomunikasi, tidak oleh pelanggan.
Panggilan • Prepaid dan caj sms yang lebih mahal dan telah beransur-ansur merosot sejak beberapa tahun yang lalu. Bagi pelanggan contoh yang digunakan untuk membayar RM0.60 seminit apabila perkhidmatan itu mula-mula
diperkenalkan tetapi hari ini ia adalah serendah RM0.12 seminit. Bagi SMS, ia telah menurun dari RM0.20 serendah RM0.01 dan MMS sebelum ini RM0.50 dan kini ia adalah seperti rendah sebagai RM0.10.
• Di samping itu, pelanggan kini sedang menikmati pelbagai promosi seperti kredit masa berbual percuma dan bonus antara lain sebagai sebahagian daripada faedah sebagai pelanggan prabayar.

3. Berapa banyak yang akan saya membayar dengan cukai perkhidmatan?
• cukai perkhidmatan 6% akan dikenakan di atas tambah nilai prabayar dan pek pemula di tempat jualan untuk setiap pembelian.
• Sebagai contoh, apabila anda membeli RM10 tambah nilai prabayar, anda perlu membayar RM10.60 dan akan mendapatkan kredit prabayar RM10. 60sen adalah cukai perkhidmatan.


4.Cukai perkhidmatan akan dikenakan pada semua pek pemula prabayar mudah alih dan tambah nilai?
• Ya, mereka akan tertakluk kepada cukai perkhidmatan 6% berkuat kuasa pada 15 September 2011 KECUALI bagi Maxis
internet prabayar, starter kit, sim pack dan tiket panas.

5. Adakah saya masih boleh untuk menambah nilai pada semua saluran tambah nilai mudah alih prabayar?
Ya, kecuali apa-apa tambah nilai melalui
• ATM
• Internet Banking
• Mesin Deposit Tunai
• Kiosk Pembayaran Elektronik
yang tersedia buat sementara waktu sehingga notis selanjutnya.

6. Jika saya tinggal di kawasan bebas cukai, adakah saya masih dikenakan cukai?
• pembelian pek pemula prabayar mudah alih dan tambah nilai di kawasan bebas cukai seperti Labuan,
Langkawi dan Tioman adalah dikecualikan daripada cukai perkhidmatan 6%.

Di Facebook, terdapat pengguna membuat facebook fan page untuk menentang pengguna topup dikenakan caj cukai perkhidmatan 6% di Link 1 dan Link 2.

Sumber : Link 1 | Link 2

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More