Rislaah 'Umno pencetus demo ganas?' yang diterbitkan oleh kerajaan Pulau Pinang nampaknya seakan mencuit perasaan pemimpin Umno di negeri berkenaan.
Mungkin disebabkan risalah tersebut diedarkan ke seluruh pelusuh negeri untuk rakyat menilai wajah sebenar pihak pembangkang, maka Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akhirnya seakan menjadi 'beg tinju' untuk melunaskan dendam politik.
Pentadbiran Lim tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika pentadbirannya terus mendedahkan mengenai dalang sebenar di sebalik usaha menggulingkan kerajaan negeri secara tidak demokratik menggunakan media seperti risalah tersebut, mungkin rakyat kian menolak parti perkauman berkenaan kelak.
Pagi tadi, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menerima surat tuntutan guaman serta saman RM30 juta daripada seorang peguam mewakili Umno negeri jika enggan memohon maaf atas apa yang dilakukannya itu.
Bagaimanapun Lim dalam reaksi spontan pada sidang akhbar tengah hari tadi, bukan sahaja enggan memohon maaf atas langkah yang dianggapnya menguntungkan rakyat, bahkan bersedia menghadapi Umno di mahkamah kelak.
"Memang kita nanti-nantikan di mahkamah...mana perlu minta maaf daripada Umno.
"Kita (kerajaan negeri) tidak boleh tunduk pada mereka yang bergantung pada fitnah dan pembohongan. Itulah Umno (iaitu) hitam boleh jadi puteh dan puteh boleh jadi hitam.
"Mengapa kita yang cakap benar, maka kita pula yang kena minta maaf kepada mereka yang cakap bohong. Ini tidak masuk akal," ujarnya di Komtar.
Dalam surat tuntutan itu, antara lain mendakwa Lim menuduh Umno terlibat secara langsung dengan demontrasi tersebut.
Lim turut didakwa menuduh Umno terlibat dalam cubaan membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang pada 17 Ogos lepas.
Dalam perkembangan sama, dilaporkan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman hari ini menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan Lim kerana dilihat 'menghentam kerajaan persekutuan, Barisan Nasional (BN)' menggunakan media.
Menyedari hakikat itu, beliau berkata adalah lebih baik kesemua tuduhan Umno itu dijawab di mahkamah.
"Kita pergi mahkamah lah, kita tengok (bicara). Mana ada saya buat tuduhan terus kepada Umno.
"Saya harap Umno tidak jadi pengecut dan tunggu kita di mahkamah," ujar beliau.
Difahamkan, beliau berkata demikian kerana tidak mahu kenyataannya terus dimanipulasi oleh mana-mana pihak, termasuk Umno demi memburukkan imej kerajaan negeri di sini rakyat.
Beliau mahu prestasi kerajaan negeri terus kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan terbaik dalam negara demi kesejahteraan rakyat, bukan seperti era lepas ketika Barisan Nasional memerintah kerajaan negeri.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mempersoal keberadaan Senator Ezam Mohd Noor yang juga pemimpin Umno sebagai salah seorang jurucakap dalam demontrasi tersebut.
Selain Ezam, Lim turut mempersoal keberadaan beberapa pemimpin Umno negeri yang lain sebagaimana yang didedah dalam risalah penerangan terbitan kerajaan negeri.
Dijangka langkah Umno mengfailkan saman RM30 juta kian menggamit perhatian rakyat Pulau Pinang untuk menilai wajah sebenar kerajaan negeri dan pihak pembangkang, khususnya Umno.
Isu-isu Malaysia sokong tindakan KM Lim Guan Eng, saya akan bersama Lim Guan Eng berlawan dengan UMNO!