Lim Guan Eng memohon maaf kerana menyebabkan Sultan Johor tersinggung sambil berkata beliau tiada niat langsung untuk memperkecilkan negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa kenyataannya telah disalah tafsir oleh media dikawal oleh Barisan Nasional.
“Sebagai tanda menghormati Sultan Johor, saya memohon maaf,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan media menyebut Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersinggung dengan dakwaan Lim kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.
“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.
“Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,” titah baginda.
Baginda juga tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.
Bagaimanapun, sebagai Sultan, baginda tidak mahu mencampuri hal politik.
Lim didakwa memburuk-burukkan Johor dalam temu bualnya dengan media asing di Singapura baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment