Sunday, October 30, 2011

Bajet 2012 Pakatan Rakyat Pulau Pinang




Setelah berjaya mewujudkan berbagai program anugerah kepada rakyat, mulai tahun depan sekali lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan program 'pelajar emas', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurutnya, pelajar emas iaitu pelajar tahun satu dan darjah empat untuk sekolah rendah manakala tingkatan satu dan tingkatan empat untuk sekolah menengah masing-masing akan memperolehi RM100 seorang daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri.

Tambah beliau, untuk merealisasikan lebih banyak program, rakyat mesti memilih kerajaan berjiwa rakyat kerana kerajaan sebegini akan memulangkan kembali perbelanjaan yang berlebihan demi manafaat pelajar iaitu mereka yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan kelak.

Katanya, penganugerah itu bukan tujuan politik sebaliknya adalah sumbangan kerajaan terhadap pembelajaran pelajar yang mula memasuki alam persekolahan manakala darjah empat, tingkat satu serta empat memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.

Sebenarnya, kata Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih, kejayaan program terdahulu menyemarakkan semangat kerajaan negeri untuk terus memperkenalkan program baru untuk rakyat.

"Apa yang Kerajaan Negeri boleh berikan untuk rakyat kita akan salurkan. Apa pun ia mesti dibuat melalui saluran yang betul," ujar beliau.

Semenjak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, berbagai progran dilaksanakan antaranya anugerah RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM1,000 untuk pengkebumian jenazah kepada waris warga emas, pelajar memasuki institut pengajian tinggi mendapat RM1,000 dan anak emas yang lahir tahun ini bakal memperolehi RM100 seorang.

Share :
Like or Dislike?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More