Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) untuk bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan tidak mencipta masalah dan melakukan sabotaj ke atas parti.
Katanya, atas kertas BN mampu menang di banyak kawasan tetapi jentera sendiri mestilah melaksanakan kerja tanpa menimbulkan perbalahan sesama sendiri.
"Depan saya semua kata ok tapi saya tahu ada yang tak ok. Kita masuk pilihan raya kerana nak menang dan tak nak kalah apatah lagi di kawasan Ibu Kota kerana kita tak nak BN jadi parti hanya di kawasan desa atau kawasan-kawasan luar bandar sahaja serta dilihat kononnya golongan intelektual tidak menyokong BN."
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penerangan Perdana Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
0 comments:
Post a Comment