Setelah berjaya mewujudkan berbagai program anugerah kepada rakyat, mulai tahun depan sekali lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan program 'pelajar emas', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menurutnya, pelajar emas iaitu pelajar tahun satu dan darjah empat untuk sekolah rendah manakala tingkatan satu dan tingkatan empat untuk sekolah menengah masing-masing akan memperolehi RM100 seorang daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri.
Tambah beliau, untuk merealisasikan lebih banyak program, rakyat mesti memilih kerajaan berjiwa rakyat kerana kerajaan sebegini akan memulangkan kembali perbelanjaan yang berlebihan demi manafaat pelajar iaitu mereka yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan kelak.
Katanya, penganugerah itu bukan tujuan politik sebaliknya adalah sumbangan kerajaan terhadap pembelajaran pelajar yang mula memasuki alam persekolahan manakala darjah empat, tingkat satu serta empat memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.
Sebenarnya, kata Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih, kejayaan program terdahulu menyemarakkan semangat kerajaan negeri untuk terus memperkenalkan program baru untuk rakyat.
"Apa yang Kerajaan Negeri boleh berikan untuk rakyat kita akan salurkan. Apa pun ia mesti dibuat melalui saluran yang betul," ujar beliau.
Semenjak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, berbagai progran dilaksanakan antaranya anugerah RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM1,000 untuk pengkebumian jenazah kepada waris warga emas, pelajar memasuki institut pengajian tinggi mendapat RM1,000 dan anak emas yang lahir tahun ini bakal memperolehi RM100 seorang.
Pada 10 Okt 2011, Perbahasan Bajet 2012 oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
"Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang
sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan- dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.".
Apakah hak anda apabila ditahan polis? Apakah maklumat yang boleh anda berikan kepada pihak polis? Tontoni video pendidikan ini untuk lebih memahami hak anda apabila disoal siat apabila anda ditahan oleh pihak polis.
When the police stops you, do you know your rights? What are the information you can give to the police? Watch this educational video to understand what exactly are your rights when you are being arrested by the police.