Monday, October 10, 2011

Australia 5-0 Malaysia Highlight and Goal (Friendly Match)


Perlawanan Persahabatan Australia lawan Malaysia, Stadium Canberra, 7 Oktober 2011.

Pakatan: One-off handouts not enough to help poor


Pakatan Rakyat MPs are sceptical that the slew of one-off cash handouts announced in Budget 2012 would be beneficial for the lower-income group and pensioners.

Bagan MP Lim Guan Eng welcomed the move but opined that the amount of handouts to senior citizens was insufficient.

"It is better if they were given RM1,000 as suggested in the Buku Jingga (Pakatan's shadow budget document)," he said when met at the Parliament lobby.

Lim Guan Eng : Bajet 2012 adalah Bajet Pilihanraya


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberikan padangan mengenai Bajet 2012 yang didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat.

倪可敏 (Nga Kor ming) - 发表精彩演说在马六甲






倪可敏 (Nga Kor ming) 发表精彩演说在马六甲。 稳守爱极乐,迈向执政晚宴。

Video secara langsung Najib membentangkan Bajet 2012 di Parlimen
















Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Berpakaian baju Melayu merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tuesday, October 4, 2011

Lim Guan Eng pohon maaf kepada Sultan Johor


Lim Guan Eng memohon maaf kerana menyebabkan Sultan Johor tersinggung sambil berkata beliau tiada niat langsung untuk memperkecilkan negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa kenyataannya telah disalah tafsir oleh media dikawal oleh Barisan Nasional.

“Sebagai tanda menghormati Sultan Johor, saya memohon maaf,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan media menyebut Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersinggung dengan dakwaan Lim kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.

“Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,” titah baginda.

Baginda juga tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.

Bagaimanapun, sebagai Sultan, baginda tidak mahu mencampuri hal politik.

Lim didakwa memburuk-burukkan Johor dalam temu bualnya dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

Hudud : DAP tetap bersama PAS dalam Pakatan untuk melawan BN


Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN.

Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud.

"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.

"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.

Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium.

Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu.

Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat.

Pada masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Keputusan bersama itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka.

"Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN," katanya.

Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Temubual : Tun Dr Mahathir Vs Yahudi


Lihatlah siapa yang paling lantang menentang Yahudi sehinggakan beliau digelar anti-semitic dan disuruh tutup mulut oleh Ketua Pembangkang Malaysia daripada membicarakan hal-hal negara kita.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More