Thursday, September 29, 2011

Lim Guan Eng menghalau wartawan TV3 keluar


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghalau wartawan TV3 keluar. Guan Eng marah dengan TV3 memlaporkan bahawa dia mencaci Johor yang telah disiarkan oleh berita TV3 Buletin Utama.

Wednesday, September 28, 2011

Namewee FUCK UTUSAN!!! 黃明志幹五毒散


Dah tengok video atas ni? Gempar seketika bila Namewee mengamuk pasal ada penulis Utusan yang menghentam hasil karya seninya. Nasi Lemak Dua Bungkus. Eh bukan! Nasi Lemak 2.0.

Penulis tersebut dalam artikelnya mengatakan bahawa dia takkan pergi tonton filem sulung anak dari Muar ini kerana katanya Namewee pernah mengutuk kedaulatan Malaysia melalui 'NegaraKuKu'.

Nampaknya penulis tersebut mewakili sifat bangang sebilangan anak melayu yang suka duduk ditakuk lama jadi rempit, jadi bohsia, main Poker kat Facebook.

Langsung taknak bukak mata pandang jauh kedepan. Tak nak jauh, pandang sikit ke depan jadilah.

Sumber : Link

Monday, September 26, 2011

Pencuri mencuri susu bayi di Mini Market


Sepasang suami dan isteri mencuri susu bayi di Mini Market.

Pernahkah anda berfikir mengapa mereka lakukan kesalahan ini?
Mereka terpaksa mencuri susu bayi untuk anaknya. Mereka tidak mahu lihat anaknya hidup dalam kelaparan dan keadaan yang tidak sihat. Jika kehidupan mereka adalah baik, mereka tidak akan menjadi pencuri.

Adakah ini kesalahan mereka sahaja?
Ini bukan kesalahan mereka sahaja, kerajaan juga kena bertanggungjawab terhadap masalah ini kerana ekonomi negara dikawal oleh kerajaan. Jika ekonomi negara adalah baik, bermaksud pendapatan akan tinggi. Secara tidak langsung kehidupan rakyat akan bertambah baik dan masalah mencuri akan mengurangan. Sekarang di Malaysia, terdapat banyak orang hidup dalam kemiskinan sehingga besi longkang juga dicuri.

Saturday, September 24, 2011

The Making of Nasi Lemak 2.0 辣死你媽花絮






The Making of Nasi Lemak 2.0 辣死你媽花絮. Must Watch!!!

Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" di Alor Gajah








Pada 22 September 2011, Anwar Ibrahim ceramah "Demi Rakyat" di Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.

Friday, September 23, 2011

K Rajagobal : Saya Berani Letak Jawatan sebagai jurulatih bola sepak Malaysia


Kafe Sukan bersama Datuk K Rajagobal.

Review Jepun vs Malaysia [2-0] Kelayakan Olimpik 2012




Review Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Jepu din, Stadium Tosu, Jepun pada 21 September 2011.

Wednesday, September 21, 2011

Anwar Ibrahim ceramah di Langkap, Perak pada 19/9/2011


Pada 19/9/2011 Anwar Ibrahim ceramah di Langkap, Perak. Dia berbicara tentang isu-isu semasa Malaysia.

TM Malaysia Commercial in Manchester United

Malay


English
Official TV Commercial for TM Malsysia with Manchester United partnership.

Sembang Rakyat - Kedai 1 Malaysia Bahagian 2


Betul, Kedai 1 Malaysia barangnya murah tetapi hanya terdapat 1 kedai sahaja di seluruh Malaysia. Bukalah lebih banyak Kedai 1 Malaysia.

Sembang Rakyat tidak mengaku kesalahan mereka dan lagi salahkan DAP kerana suruh tauke-tauke cina naik harga barang.

Bahagian 1 : Link

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib di Riuh Pagi ERA


Dalam usaha merapati generasi muda, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini muncul di tiga program-program radio yang popular iaitu di MIX fm, hitz.fm dan Era bagi membuktikan bahawa beliau juga boleh menjadi 'sempoi'.

Ahli politik berusia 58 tahun itu cuba menyerlahkan 'keremajaan' dengan memberi tumpuan pembabitannya dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter, serta kehadirannya pada konsert SuaraKami Sabtu lalu.

Chellister Wee 更改麻坡的情歌歌词变Canon的情歌 - 黃明志的歌曲


Chellister Wee 更改麻坡的情歌歌词变Canon的情歌, 黃明志的歌曲。 创意和搞笑!!!

D频道《城市艺态》Nasi Lemak 2.0禁播事件


由本地艺人黄明志自编自导自演的电影''辣死你妈 2.0'' ,上映不到10天,竟然被霹雳人名优先组织举牌抗议,投诉黄明志的电影有不良成分,教坏小孩;。
那究竟是这班人鸡蛋里跳骨头,针对黄明志本人?
还是这部电影真的有不良成分?
就听听网络火爆主持人D仔怎么说吧!

Support!!! Support!!!

White head till old (白頭偕老) oleh Namewee (黃明志) dan KarenKong (龔柯允) "Nasi Lemak 2.0 辣死你媽"


White head till old (白頭偕老) dinyanyi oleh Namewee (黃明志) dan KarenKong (龔柯允) di filem Nasi Lemak 2.0 辣死你媽.

Saya mengetahui dari lagu "White head till old" adalah terdapat kalangan orang berbangsa cina semasa mereka menterjemahkan (translate) ataupun menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ayat akan pelik kerana mereka menterjemahkan dengan mengunakan Bahasa Cina.

Rakyat Malaysia belajar terlalu banyak bahasa di sekolah terutamanya adalah orang berbangsa cina dan india. Saya tidak sokong kepada sistem pendidikan ini. Bagi pendapat saya, sistem pendidikan terdapat satu jenis Sekolah Kebangsaan sahaja. Ini bermakna tukar Sekolah Cina dan Sekolah Tamil menjadi Sekolah Kebangsaan. Selepas tukar tidak bermakna Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diharamkan. Anda boleh mengambil bahasa tambahan, jika anda mahu.

Tuesday, September 20, 2011

Kongsi : Lu Langsi, Lu Mati 2011 (Full Movie)




Sinopsis Filem Kongsi: Lu Langsi, Lu Mati

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

Polis Malaysia Evo 10 mengejar drifting Nissan 180sx dan terhempas di jalan raya






Tempat kejadian dikejar kereta polis yang dimuatkan dalam filem Kongsi(Lu Langsi,Lu Mati). Polis Malaysia Evo 10 mengejar Nissan 180sx dan terhempas di jalan raya.

TM Malaysia - High Speed Broadband Project


This Hari Malaysia, TM is proud to present the screening of our very own documentary. It portrays the built-up & drama involved in the making of Malaysia's very own world-class fibre optic driven broadband network. Some of TM's best minds have been brought together to take on this challenge and complete the project in world record time. Filmed in stunning HD, this historic project comes to life from concept to completion in this 40-minutes documentary.

Monday, September 19, 2011

Rakyat Pulau Pinang meraikan Hari Malaysia dan Merdeka ke-54 serentak di Butterworth

Rakyat Pulau Pinang hari ini tidak ketinggalan dalam meraikan Hari Malaysia bersama-sama Hari Kemerdekaanke-54 secara serentak di Padang Merdeka.

Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Negeri Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman bin Haji Abbas (gambar bawah) dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Hajah Majimor binti Sharif menjadi tetamu kehormat utama di majlis penuh istiadat itu.

[Caption : T.Y.T semak perbarisan]

Dif kehormat lain antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan isteri, Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain, Datuk Mansor Haji Othman (Timbalan Ketua Menteri 1) dan isteri, Dr P.Ramasamy dan isteri (Timbalan Ketua Menteri 2) dan exco-exco kerajaan negeri turut dilihat bersama T.Y.T.

[Caption : Lim, Mansor, Dr P.Ramasamy serta exco lain di pentas dif kehormat]

Lebih 100 kontijen (gambar bawah) dari agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pasukan beragama serta pancaragam sekolah mengisi acara perbarisan di dataran utama.

Itu, tidak termasuk 7 kontijen berkenderaan yang nyata menggamit perhatian mereka yang hadir.

Lim ketika ditemui kemudian berkata beliau berharap rakyat di Pulau Pinang kian patriotik dengan sambutan Hari Malaysia yang diadakan di peringkat negeri.

"Dengan penganjuran ini, kita harap rakyat Pulau Pinang lebih patriotik di tanah air ini dengan kuat bekerja (demi) meningkatkan ekonomi negeri secara Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)," ujar beliau sambil mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia.


[Caption : Lim bersama Abdul Halim berbual sambil menunggu ketibaan T.Y.T]


[Gimik menurunkan bendera Jalur Gemilang dari udara Padang Merdeka yang disempurnakan oleh pegawai Bomba]


[Caption : Antara kontijen yang sempat dirakam lensa kamera Jabatan Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.]


[Caption : "Demi negara, kami rela mengorbankan jiwa..." isyarat askar.]


[Caption : Kontijen pakaian seragam askar sebelum Merdeka antara yang menarik perhatian pengunjung yang hadir.]

Penubuhan Pasukan Peronda Sukarela di Pulau Pinang










Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) demi memastikan kadar indeks jenayah terus menurun sekaligus menyahut cabaran dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri paling selamat di Malaysia.

Dalam kenyataan akhbar Ketua Menteri, Tuan Lim Guan Eng, beliau menyatakan bahawa Pulau Pinang telah mencatat penurunan kadar jenayah yang paling besar di Malaysia sebanyak 27 % pada 2010 manakala bagi enam bulan yang pertama tahun ini penurunan sebanyak dicatatkan adalah 25 %.

Di antara faktor penurunan kadar indeks jenayah adalah kerjasama dan sumbangan gigih daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ketua Polis Negeri, Dato' Wira Ayub bin Yaakob, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan hitam serta penyertaan pasukan kepolisan komuniti.

Pasukan kepolisan komuniti (CP) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang telah ditubuhkan di beberapa JKKK dilihat sebagai langkah penting dalam menjaga keselamatan awam. Malah penubuhan PPS kelak juga dilihat sebagai medium untuk membantu pihak polis membuat rondaan dan bukannya mengambil alih bidang kuasa PDRM dalam menjaga dan menjamin keselamatan warga Pulau Pinang.

Antara objektif penubuhan PPS ini adalah untuk membantu Pihak Berkuasa Keselamatan dalam menangani kegiatan atau aktiviti sosial yang negatif di kawasan-kawasan panas termasuk membersihkan kawasan daripada anasir dadah.

Malah, penubuhan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu PDRM untuk mencegah dan membanteras jenayah dengan bertindak sebagai pemberi maklumat di samping menjalinkan hubungan kejiranan yang utuh di kalangan anggota masyarakat tempatan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang juga bertanggungjawab di atas penubuhan PPS berkata bahawa PPS diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang aspek keselamatan selain membantu pihak polis menjaga ketenteraman awam.

PPS kini dianggotai oleh 840 ahli sukarelawan yang berdaftar di 18 kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) dan dijangka akan bertambah keahliannya dari masa ke masa. Malah Ketua Menteri turut menyatakan bahawa suatu plan pelindungan insurans bakal dipertimbangkan bagi semua ahli PPS yang berdaftar

Dalam pada itu, Guan Eng berharap agar PPS dapat menjalankan tugasan dengan berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini sekaligus dapat mewujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat dan bersatu padu.

Otak Mat Sabu diletak di atas kepala lutut


Sejurus memulakan ayat pertama dengan bertempik perkataan "lanyak", Kamarudin berdiri dan mundar mandir di hujung pentas dan bukan di rostrum sambil memberikan amaran kepada Mohamad.

"Kalau jumpa Mat Sabu, yang pertama saya hendak tempeleng dia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh peserta yang rata-ratanya orang Melayu.

Beliau juga menggelar Mohamad sebagai meletakkan otak di kepala lutut, "robot DAP dan PKR", celupar dan kurang ajar - yang menyebabkan beliau mahu "merebusnya" hidup-hidup.

Kamarudin yang juga pegawai askar Wataniah berkata, sekiranya komunis berjaya dalam perjuangan, Mohamad tidak akan menjadi timbalan presiden PAS dan parti Islam itu tidak akan menjadi parti politik kerana "komunis antiagama".

Beliau juga mengingatkan pengorbanan ratusan ribu tentera Melayu dan keluarganya yang menderita akibat melawan komunis menjelang kemerdekaan sebelum ini.

"(Seramai) 200,000 askar dan polis kita derita. Panggil dia (Mohamad) kalau berani.

"Celaka!" katanya bersemangat yang menyebabkan hampir semua peserta bangun daripada tempat duduk dan memberikan tepukan.

Di sebalik ucapan berapi-api, Kamarudin turut ketawa antaranya apabila mendakwa pernah menuntut ilmu kebal di Rawang dan pernah kebal selama empat tahun.

Ucapan Najib Sempena Konvensyen BN Selangor


Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghadiri Konvensyen BN Selangor di Shah Alam.

Program 'Syok Sendiri' merupakan salah satu punca BN tidak mendapat sokongan daripada masyarakat akar umbi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan tegas, anggota parti itu sewajarnya sedar akan tindakan sedemikian yang menjadi salah satu punca parti komponen tersebut tewas pada PRU 12.

Najib juga menempelak tindakan sesetengah Pemimpin BN Negeri yang bersikap sedemikian yang hanya akan menipu diri sendiri sendiri. sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan.

"Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu? "Kalau 300 orang itu orang yang menentang kita, barulah berbaloi buat perhimpunan," katanya lagi dalam perhimpunan yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah.

Beliau turut menyebut mengenai satu program "Sirih Pulang Ke Gagang" yang akan dihadirinya selepas itu di kampus Universiti Teknologi Mara.

"Saya dengar banyak ribu nak masuk balik. Kalau betul, we are on the upward swing," katanya lagi.

Turut hadir di program itu ialah timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin parti komponen lain termasuk Datuk Seri G Palanivel, M Kayveas dan Kohilan Pillay.

Sunday, September 18, 2011

Malaysian Boy di Suara Kami Concert 2011


Event : Suara Kami Concert / Carnival 2011
Time : 12PM till late
Date : 17th September 2011
Venue : Stadium Merdeka
Admission : Free

Demo Boikot Filem Nasi Lemak 2.0 di Perak


Tidak sampai 100 orang berhimpuan untuk demo boikot Nasi Lemak 2.0, jangan memberitahu sampai seluruh rakyat Perak juga boikot Nasi Lemak 2.0. Perhimpuanan Bersih 2.0 sekurang-kurangnya 20 ribu orang berhimpuan, Kerajaan Persekutuan (BN) memberitahu bukan suara seluruh rakyat Malaysia hanya segelintir yang sokong kepada perhimpuanan Bersih 2.0.

Semua orang mempunyai hak asasi bersuara. Kalau tidak puas hati atau sokong dengan tingkat laku kerajaan, kita boleh membuat video, filem untuk memberi komen. Apakah pendapat kita terhadap negara yang kita cintai. Kita memberi komen yang buruk terhadap kerajaan, mereka akan katakan kita tidak cintai dan fitnah negara. Mereka berhadap semua rakyat diam-diam duduk di rumah dan buat kerja, jangan pedulikan politik negara.

Anda dapat berasa di sekeliling kamu, terdapat ramai orang yang tidak mempedulikan dan tidak ingin tahu masalah negara. Mereka sudah berjaya mempengaruhi ramai rakyat. Kita tidak boleh dipengaruhi oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

Lim Guan Eng : Change for a new future






Penang Chief Minister, Lim Guan Eng on current issues in the country during a dinner in Penang.

丘光耀博士的演讲真是大快人心啊!Dr.Hew Kuan Yau's speech is so Wow~


丘光耀博士的演讲真是大快人心啊!
Dr.Hew Kuan Yau's speech is so Wow~

Warga asing dapat potongan cukai bila beli kereta di Malaysia Import dan Local

Malaysia is not my second home. Malaysia is my first and the only home. So i do understand why we as malaysians always "First kena dulu". Hahaha.. lihat bawah :






Gambar di atas neh ialah senarai harga kereta. Harga kereta neh bebas cukai disebabkan ia tertakluk dalam program malaysia is my second home untuk warga asing agar mereka sudi menetap lebih lama di Malaysia. Korang leh search program neh menerusi google tak pun just direct masuk web neh je.

Aku mengaku terus terang aku cemburu tengok harga kereta-kereta tue. Pada tahun 2009 dorang berpeluang beli kereta local dengan harga yang rendah. Diberitahu bahawa kereta-kereta neh ada had penjualan. Contohnya mungkin setiap seorang warga asing hanya boleh beli satu kereta local dan import dengan harga bebas cukai.

Best kan? Aku tak pasti samada bayaran neh secara ansurans ataupun tunai. Tapi berdasarkan kepada harga di atas aku tengok cukai yang dikenakan kerajaan ke atas kita memang tinggi nak mampos. Itu tak masuk faedah bank dan sales komisen. Perghhh free-free je kita kena tindas. Aku nak PR mengurangkan cukai ke atas kereta bila dorang tadbir kelak. Harga kereta yang diletakkan di atas neh dah termasuk harga untung penjualan. Maksudnya modal nak buat kereta neh lagi rendah larh jawabnya.

Nampaknya jadi warga asing di Malaysia neh memang seronok. Jadi bumiputera pun tak seronok macam neh. Nak exchange larh dengan dorang. Daripada aku kelaparan dirumah elok aku masuk hutan, dapat gak susu.. okey tak?

Sumber: Link

Inilah dipanggil 1 Malaysia yang dikatakan oleh Najib. Rakyat Malaysia didahulukan untuk berkorban, pencapaian diutamakan kepada warga asing.

Namewee bimbang 'Nasi Lemak 2.0' diharam oleh Kerajaan Persekutuan


Pembikin filem kontroversi, Namewee bimbang filemnya 'Nasi Lemak 2.0' mungkin diharamkan ekoran berlakunya demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Namewee berkata dia kesal dengan protes tersebut, dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan.

"Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraannya, dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan, saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri, serta usaha kerja saya," katanya.

Dalam Facebooknya. Namewee (kiri) berkata dia akan sangat kecewa jika filem itu benar-benar diharamkan dan menggesa penonton untuk menontonnya secepat mungkin sebelum ianya berlaku.

Filem tersebut, yang kini sedang ditayangkan di pawagam utama di seluruh negara, dilaporkan dikecam pihak-pihaknya
yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda.

Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut.

Presidennya, Faizal Afendi Hashim berkata protes tersebut akan berterusan sehinggalah filem itu diharamkan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh membuat aduan.

Malaysia Election's Sweeties


Everyone should know that doesn't change anything pun...

Perarakan Sambutan Hari Merdeka / Malaysia 2011




Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia 2011
Perarakan Hari Kemerdekaan pada tahun ini telah ditangguh dan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September 2011 bagi menghormati Aidilfitri yang jatuh pada 30 Ogos 2011.

54th Independence Day & Malaysia Day Parade 2011
this year's Independence Day parade was postponed and celebrated together with Malaysia Day on 16th September 2011 as the Muslims celebrates the Eid-ul Fitr on 30th August 2011.

Rakaman Baru CCTV Anwar oleh Datuk T disiar di Internet

Bukti 1 hingga 8 bagaimana kantoinya Dato Seri Anwar Ibrahim dalam isu Video seks. Segala galanya terungkai di dalam Bukti yang di dedahkan di dalam Video ini.

Bapak Anwar Di Ampang Apartment.

Saya tidak percaya dalam video ini adalah Anwar Ibrahim. Adanya duit, mudah sahaja nak cari seorang yang serupa dengan Anwar Ibrahim. Terdapat banyak kes bintang terkenal, ramai orang yang serupa dengan mereka termasuk Obama. Seorang Indonesia yang bernama Ilham Anas serupa dari aspek wajah, lagak malah bentuk badan dengan Obama.

Semua ini adalah kemungkinan dan mungkin juga sesuatu yang pasti. Jangan mudah terpedaya dengan sesuatu paparan media kerana mempercayai sesuatu yang tidak benar mungkin akan mengheret kita semua.

Saturday, September 17, 2011

Najib mengumumkan dalam perutusan Hari Malaysia ISA dimansuhkan


Najib mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 dimansuhkan sepenuhnya dalam perutusan Hari Malaysia 16 September 2011.

Friday, September 16, 2011

Malaysia 0-1 Oman (U-23 Friendly Match)


Pada 15 September 2011, friendly match antara Malaysia U-23 vs Oman U-23.

Perutusan YAB Lim Guan Eng Sempena Hari Malaysia


Enam bulan yang akan datang akan menentukan sama ada eksperimen politik dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang telah mewujudkan sebuah kerajaan berjiwa rakyat akan semakin menyerlah atau melesap di Pulau Pinang. Selama tiga setengah tahun yang lepas, negeri Pulau Pinang bukan sahaja telah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah juga telah menampakkan perubahan dari segi pemikiran dan keyakinan.

Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh bergantung kepada kerajaan berjiwa rakyat yang mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah. Sekarang juga sudah terhasil satu pengiktirafan bahawa ganjaran akan diperoleh berdasarkan daya upaya, kejujuran dan usaha untuk mengejar kecemerlangan. Sesungguhnya tiada pengganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan.

Walau bagaimanapun, perubahan yang paling besar dalam pemikiran telah berlaku ekoran daripada dasar kerajaan berjiwa rakyat Pakatan Rakyat yang menegakkan kedaulatan undang-undang. Di Pulau Pinang, dasar ketelusan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bermakna bahawa sebarang urus niaga tidak lagi memerlukan orang dalam atau orang tengah. Yang diperlukan hanya peraturan dan undang-undang.

Dengan kerajaan yang mementingkan kepastian dan kejelasan dalam halatuju pentadbiran, kita dapat menikmati kemakmuran bersama-sama. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah bekerja keras untuk memulih kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri. Untuk mengatasi ketidakpercayaan awam terhadap institusi kerajaan negeri, Pakatan Rakyat telah menghapuskan politik kuasa naungan, kronisme dan rasuah.

Marilah kita mencari inspirasi dengan menekankan prestasi dan bukan keistimewaan, kepakaran dan bukan hak, serta integriti dan bukan rasuah. Marilah kita bersepakat dalam semangat setiakawan untuk mencapai aspirasi bersama untuk keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan sosial untuk rakan-rakan kita yang lebih lemah dan miskin.

Hanya dengan ekonomi yang bebas daripada rasuah boleh kita memastikan bahawa rakyat akan makmur dan menerima manfaat. Marilah kita mengazamkan masa depan yang bebas daripada ketakutan dan kronisme. Marilah kita mencita-citakan masa depan di mana semua lapisan masyarakat dan kaum, sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban, akan dianggap sebagai saudara senegara tanpa sebarang diskriminasi.

Untuk menandakan Hari Malaysia di Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera akan menawarkan perjalanan keretapi percuma untuk sehari pada 16 September 2011 untuk semua warga Malaysia dari Sabah dan Sarawak.

Lim Guan Eng : The eve of Malaysia Day


Selamat Hari Malaysia !Happy Malaysia Day! 马来西亚日快乐!


再穷也不能穷教育。 Never compromise on education.


Satu Malaysia or Sapu Malaysia.


希望大家能够给自己一个机会。

Pada 15 September 2011, Lim Guan Eng ceramah di Sandakan, Sabah yang bertajuk "The eve of Malaysia Day".

Lagu Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera (Sendiri cakap sendiri siok!!!)


Lagu sempena Hari Kebangsaan Ke-54 bagi tahun 2011 dengan tema Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Pencipta : Raja Mohd Sham Bin Raja Saari
Senikata : Zaira Aziz
Gubahan : Raja Mohd Sham Bin Raja Saari
Penyanyi : Gemersik Chorus
Terbitan : Bahagian Perkhidmatan Muzik

Lagu "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" sedap didengar tetapi sendiri cakap sendiri siok!!! Selepas Najib jadi Perdana Menteri Malaysia, bila Transformasi sudah Berjaya? Harga barang semakin meningkat, kehidupan rakyat semakin susah!!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More